Thursday, March 4, 2010

Temubual bersama Tokoh Bekas Pelajar - Dato’ Dr. Ma’amor bin Osman



Pada hari Sabtu bersamaan 6 Februari 2010 yang lalu, seramai 6 orang ahli e-Tinta telah pergi ke kampung halaman Dato’ Dr. Ma’amor bin Osman yang terletak di Kampung Paku, Alor Gajah, Melaka dengan diiringi oleh guru pembimbing iaitu Pn. Noorwati binti Sulieman. Para pelajar tersebut ialah Nur Anis Atika b. Zainal Abidin (5 Alfa), Nabilah bt. Zainudin (5 Beta), Mohd Rafie bin Shaharudin (4 Alfa), Fatin Fazira bt. Che Daud (4 Alfa), Rais bin Ishak (3 Alfa) dan Ainina Nabilah bt. Abdul Jalil (2 Alfa). Kami telah bertolak pada pukul 8.15 pagi dengan menaiki bas sekolah.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk tiba ke destinasi. Setibanya di sana kami disambut oleh Dato’ Dr. Ma’amor dan ahli keluarganya. Kami turut dijamu dengan sarapan pagi. Layanan mesra yang diberikan telah menghilangkan rasa kekok kami untuk berhadapan dengan seorang tokoh negara yang dikenali ramai.
Dato’ Dr. Ma’amor bukan sahaja insan yang prihatin dengan hal-hal kepenggunaan bahkan alam sekitar. Beliau amat menyukai suasana kehijauan dan kedamaian. Beliau telah membawa kami ke kebun miliknya. Kami terpegun melihat suasana di sana. Terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan yang sayur-sayuran yang ditanam bahkan ada antara namanya yang tidak pernah kami dengar atau kenali. Terdapat juga binatang peliharaan seperti ayam dan itik serta kolam ikan.
Setelah puas menikmati panorama itu, kami dibawa berehat ke sebuah pondok yang disediakan untuk sesi temu ramah. Kami telah memanfaatkan sebaik mungkin peluang yang ada untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah hidup, persekolahan, alam perkahwinan dan kerjaya beliau. Dato’ Dr. Ma’amor begitu ramah bercerita sambil menyelitkan nasihat buat kami. Cita-cita asal beliau sebenarnya adalah untuk menjadi seorang arkitek tetapi berubah kepada doktor kerana pada beliau hanya ada dua kerjaya yang akan menggunakan panggilan tersebut sehingga ke akhir hayat iaitu doktor dan cikgu. Beliau turut mengimbas kembali kenangan zaman persekolahan semasa di MOZAC. Antaranya makan nasi hitam. Beliau menggelarkan sedemikian bukanlah kerana nasi tersebut hangit tetapi hitam kerana dihurungi lalat selain hanya makan berlaukkan sardin. Pelbagai lagi pengalaman pahit manis turut diceritakan.
Setelah selesai temu ramah, kami diberi peluang untuk memancing di kolam beliau. Aktiviti ini adalah satu pengalaman baru yang amat berharga buat kami. Selesai memancing, kami pulang semula ke rumah Dato’ Dr. Ma’amor. Kali ini, kami dijamu pula dengan juadah makan tengahari. Menunya adalah ikan masak asam pedas yang merupakan kepakaran isteri Dato’ Dr. Ma’amor, itik masak rendang dan sayuran campur. Memang lazat semuanya.

Pada pukul 1.00 tengahari kami semua meminta diri untuk pulang. Pn. Noorwati telah menyampaikan cenderahati kepada Dato’ Dr. Ma’amor sebagai tanda terima kasih kami. Sesungguhnya, ini merupakan pengalaman manis kami. Saya mewakili rakan-rakan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Noorwati selaku guru pembimbing kami.

Tuesday, March 2, 2010

Bersama Tokoh bekas pelajar Mozac YB Datuk Idris bin Haron, Ahli Parlimen Tangga Batu Melaka


Seramai enam orang pelajar terlibat dalam sesi temuramah ini. Sesi telah diadakan dibilik mesyuarat HEM pada pukul 12.30 tengahari.. Tokoh tersebut ialah YB Datuk Idris bin Haron, Ahli Parlimen Tangga Batu. Beliau merupakan bekas pelajar Mozac dari tahun 1979 hingga 1983. Dalam temuramah ini beliau menceritakan secara ringkas latar belakang dirinya semasa menuntut di Mozac.
Beliau membahagikan kepada beberapa aspek. Iaitu Akademik, Sukan, hubungan interpersonal dan hubungan intrapersonal. Nama samaran beliau ialah “KOLOT”. YB Datuk telah meminta para pelajar mengeja perkataan tersebut secara terbalik yang menjadi perkataan berikut “ TOLOK “ atau penyukat. Beliau merupakan seorang yang sangat tajam pemerhatiannya dan mempunyai ingatan yang agak kuat. Beliau boleh menyebut satu persatu nama-nama guru yang mengajar beserta jenis kenderaan yang dipakai. YB Datuk Idris telah melanjutkan pelajaran ke Amerika dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik dengan biasiswa tajaan Tenaga Nasional ( TNB ).Beliau menasihati pelajar supaya menggunakan waktu prep sebaik-baiknya.Beliau aktif dalam sukan bola sepak, volley ball, kriket dan ragbi. Perjumpaan ditangguhkan pada pukul 1.30 tengahari kerana YB Datuk perlu menghadiri satu mesyuarat yang telah dijadualkan.

Menemu bual tokoh bekas pelajar Dr.Korina Rahmat, Pakar Perunding Nefrologi


Pada 24. November 2009, empat orang pelajar diiringi seorang guru telah mengadakan temu bual eksklusif dengan tokoh bekas pelajar MOZAC iaitu Dr.Korina Rahmat seorang pakar perunding nefrologi Hospital Besar Melaka.

Temu bual dimulakan tepat jam 10.30 pagi di bilik Dr Korina sendiri di Unit Himodialisis. Kandungan temu bual merangkumi pelbagai latar belakang tokoh berdasarkan kronologi. Soalan-soalan yang diajukan dibahagikan kepada beberapa bahagian meliputi zaman kanak-kanak beliau, alam remaja di MOZAC, matrikulasi dan universiti , dan seterusnya karier beliau yang terkini sebagai seorang doktor pakar buah pinggang yang terkenal di rantau.

Sepanjang temu bual ini, pelajar-pelajar telah mendapat banyak maklumat dan pendedahan oleh tokoh, terutamanya kerjaya sebagai seorang pakar buah pinggang. Selain itu, pelajar turut diberi tips-tips tentang penjagaan kesihatan yang tepat , terutamanya berkaitan buah pinggang.

Setelah selesai sesi temu bual, rombongan telah dibawa melawat bilik-bilik khas yang berkaitan dengan rawatan buah pinggang seperti bilik rawatan himodialisis dan sebagainya. Pelajar-pelajar juga turut berpeluang melihat mesin yang digunakan oleh pesakit buah pinggang ketika menjalani rawatan mencuci darah. Selain diperkenalkan kepada jururawat dan petugas di setiap unit, ahli-ahli rombongan juga amat bertuah kerana berpeluang menemu bual beberapa orang pesakit buah pinggang daripada pelbagai peringkat usia yang sedang menjalani rawatan dialisis.

Sebaik sahaja selesai sesi lawatan, ahli-ahli rombongan berkumpul semula di bilik Dr. Korina untuk meneruskan sesi temu bual dan melengkapkan pelbagai maklumat yang diperlukan. Selepas menghadiahkan cenderamata, kumpulan ini bertolak pulang kira-kira pukul 1.00 petang. Pelbagai pengetahuan dan pengalaman berharga dapat dimanafaat oleh pelajar sepanjang sesi ini dijalankan. Satu sesi susulan mungkin akan diadakan lagi bersama-sama Dr.Korina Rahmat selepas ini untuk melancarkan proses penulisan jurnal tokoh.

An Interview with En. Md Dris Haji Yaacob,Undersecretary Human Resource Management Division


Six students and two teachers went to interview the personality at the Ministry of Foreign Affairs in Putrajaya. The six students were Thulaja Thessa, Ainur Rafeqah, Zulfarahin, Mohd Fahmi, Zulharith and Nur Diyana Johan whereas the two teachers were Madam Ivy Foo Siew Lain and Miss Boey Siew Lin. The personality we went to interview was En Mat Dris Yaacob, who is a diplomat. We left the school at around 3.00 p.m and reached the Ministry of Foreign Affairs at about 4.30 p.m. We were greeted warmly by his personal secretary, who ushered us into his office. We exchanged greetings and introduced ourselves to En Mat Dris and then began the interview. During the interview, we were served afternoon tea. After the interview, we took a few photographs with him. Before we left, En Mat Dris kindly presented us with some souvenirs. We left Putrajaya at about 7.30 p.m. After stopping at the R&R Seremban for prayers and dinner, we headed back to school and arrived back at around 10.00 p.m.

Sesi Temubual dengan Profesor Dr. A. Rahman A. Jamal, Pengarah UMBI



Sepanjang perbualan, Prof memberikan kerjasama yang sangat baik pada kami. Ide-ide bernas yang dilontarkan oleh beliau amat bermakna bagi kami dan secara tidak langsung menjadi inspirasi pada kami untuk lebih cemerlang khususnya di MOZAC.

Selain berkongsi pengalaman semasa bersekolah di SM Sains Muzaffar Syah pada tahun 1976, beliau juga turut menceritakan pengalaman hidupnya sehingga berjaya meraih dua ijazah kedoktoran; pertama sebagai Doktor Perubatan dan diikuti oleh Doktor Falsafah dalam bidang yang amat dekat di hati beliau iaitu Pakar Pediatrik dan Onkologi. Ternyata seorang bekas pelajar yang agak ‘revolusional’ sewaktu di sekolah, sebenarnya mempunyai hati nurani yang amat penyayang dan mudah tersentuh apabila melihat kanak-kanak yang berjuang untuk hidup melawan kanser. Justru, itulah yang mendorong beliau untuk melibatkan diri dalam misi angkasawan ke ISIS membawa sel-sel kanser untuk dijalankan ujikaji di sana. Malah kejayaan paling bermakna bagi beliau ialah apabila melihat kanak-kanak yang dirawat di wad beliau pulih dari kanser.

Meskipun telah menduduki kerusi Pengarah, beliau mencerminkan budi pekerti yang luhur, sentiasa ingat akan kebesaran Allah, dan tidak sombong atau bangga diri. Beliau sudi bergambar dengan kami, menjamu kami dengan makan tengahari, menyediakan cenderahati dari UMBI untuk kami dan sanggup menghantar kami hingga ke kawasan letak kereta walaupun dalam hujan renyai-renyai. Beliau ingin datang ke MOZAC satu hari nanti untuk melihat keadaan masa kini dan berkongsi ilmu dengan semua.

Kami meninggalkan perkarangan HUKM kira-kira pukul 1.45tgh, dan selepas solat dan rehat di Kajang, kami tiba di MOZAC pada pukul 6ptg.