Friday, February 27, 2009

Kebitaraan E - Tinta

RINGKASAN EKSEKUTIF

Penulisan merupakan suatu bidang kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua pelajar dan guru kerana ia merupakan alat penyampaian maklumat yang berkesan dan berkekalan. Warga MOZAC perlu didedahkan dengan kemahiran ini untuk membolehkan pelbagai hasil kajian dan penyelidikan yang diusahakan serta maklumat yang diakses dalam kemhiran ”ICT” akan dapat didokumentasikan untuk dijadikan rujukan. Pentingnya warga MOZAC didedahkan dengan pelbagai peringkat penulisan dan penerbitan dari semasa ke semasa agar Pusat Sumber MOZAC akan menjadi khazanah ilmu dalam bentuk fizikal dan maya untuk rujukan warga sekolah dan masyarakat luar. Semua penciptaan dan kejayaan yang diraih oleh pelajar sekolah ini didokumentasi dan dijurnalkan oleh guru dan pelajar sendiri. Penulisan dan penerbitan ini diharapkan setaraf dengan mutu penulisan dan penerbitan semasa dalam dan luar negara. Program ini akan dapat memupuk minat guru dan pelajar dalam bidang penulisan dan penerbitan serta mempelajari dan menimba ilmu daripada tokoh-tokoh penulis tanahair.
Pelajar boleh menyertai pelbagai pertandingan menulis anjuran agensi kerajaan dan swasta serta antarabangsa . Program ini dijangkakan menelan belanja sebanyak RM 40, 000.

LATAR BELAKANG PROGRAM

Pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada dalam penulisan laporan hasil bidang inovasi dan rekacipta sains yang disertai pada setiap tahun. Pelajar juga mempunyai kemahiran dalam bidang penulisan dan penerbitan majalah sekolah ”PEMBINA” yang hanya dikendalikan oleh sidang redaksinya. Guru dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai bidang penulisan dan penerbitan setiap hari dalam kehidupan mereka yang sinonim dengan ilmu pengetahuan. Pengetahuan ”ICT” yang tinggi dan mereka telah didedahkan dalam aspek penulisan dalam bilik darjah secara berterusan. Oleh itu, adalah lebih baik jika warga MOZAC mempunyai kemahiran e-Tinta supaya semua hasil, kajian dan dapatan akan dapat didokumentasikan dan dijadikan bahan rujukan. Jenama MOZAC akan tersohor dalam bidang penerbitan di dalam dan luar negara dan mampu menerbitkan pelbagai hasil penulisan pelajarnya sendiri.

OBJEKTIF

Empat puluh peratus pelajar dan guru akan memahami konsep kajian dan metodologi penulisan untuk bidang ”R&D” dan ”ICT”.

Jumlah pelajar dan guru akan dapat mendokumentasikan kajian dan bahan penulisan dengan menggunakan ”ICT” ialah sebanyak 40%.

Seratus peratus kumpulan pelajar dan guru ”R & D” dan ”ICT” akan mengendalikan dan mempamerkan bahan penerbitan dalam bentuk jurnal, majalah, buku, CD, blog sekolah, buletin dan lain-lain.

Melahirkan pelajar dan guru yang berkebolehan dalam semua bidang ilmu serta mempunyai kecerdasan pelbagai (multiple-intelligences) meningkat sebanyak 5%.

Menanam nilai estetika dalam diri semua pelajar dan guru untuk menghayati dan menerap pelbagai nilai murni ketika bekerja dalam kumpulan dan kelompok individu.

No comments:

Post a Comment