Saturday, July 4, 2009
Jejak Maklumat E Tinta - 26 Jun
Perjalanan dengan keretapi ke Ipoh dari Stesen Sentral Kuala Lumpur mengambil masa selama 3 jam. Rombongan telah bermalam di Sekolah Tunku Abdul Rahman Ipoh (STAR). Pada keesokan harinya,kami seterusnya menjejaki sejarah penanaman getah di Malaysia dan melihat antara pokok getah tertua negara di Bandar Diraja Kuala Kangsar.Peserta program juga berpeluang mengkaji rekabentuk bangunan lama seperti bangunan MCKK, Istana Kenangan,Masjid Ubudiah dan Galeri Sultan Azlan Syah. Di Istana Kenangan kami mempelajari sejarah pemerintahan beraja di Perak. Satu fakta menarik tentang istana ini ialah ianya tidak menggunakan sebarang paku untuk pembinaannya. Di Galeri Sultan Azlan Syah, kami mempelajari dengan lebih mendalam tentang baginda. Di Masjid Ubudiah kami berpeluang melihat rekabentuk masjid yang mendapat pengaruh Moor.Disana kami juga berpeluang melihat Makam Diraja yang terletak bersebelahan dengan bangunan masjid.Pada pukul 4 petang, kami meneruskan perjalanan ke Perlis dan telah menginap di homestay setelah tiba lebih kurang pukul 9 malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment