Tuesday, March 2, 2010

Menemu bual tokoh bekas pelajar Dr.Korina Rahmat, Pakar Perunding Nefrologi


Pada 24. November 2009, empat orang pelajar diiringi seorang guru telah mengadakan temu bual eksklusif dengan tokoh bekas pelajar MOZAC iaitu Dr.Korina Rahmat seorang pakar perunding nefrologi Hospital Besar Melaka.

Temu bual dimulakan tepat jam 10.30 pagi di bilik Dr Korina sendiri di Unit Himodialisis. Kandungan temu bual merangkumi pelbagai latar belakang tokoh berdasarkan kronologi. Soalan-soalan yang diajukan dibahagikan kepada beberapa bahagian meliputi zaman kanak-kanak beliau, alam remaja di MOZAC, matrikulasi dan universiti , dan seterusnya karier beliau yang terkini sebagai seorang doktor pakar buah pinggang yang terkenal di rantau.

Sepanjang temu bual ini, pelajar-pelajar telah mendapat banyak maklumat dan pendedahan oleh tokoh, terutamanya kerjaya sebagai seorang pakar buah pinggang. Selain itu, pelajar turut diberi tips-tips tentang penjagaan kesihatan yang tepat , terutamanya berkaitan buah pinggang.

Setelah selesai sesi temu bual, rombongan telah dibawa melawat bilik-bilik khas yang berkaitan dengan rawatan buah pinggang seperti bilik rawatan himodialisis dan sebagainya. Pelajar-pelajar juga turut berpeluang melihat mesin yang digunakan oleh pesakit buah pinggang ketika menjalani rawatan mencuci darah. Selain diperkenalkan kepada jururawat dan petugas di setiap unit, ahli-ahli rombongan juga amat bertuah kerana berpeluang menemu bual beberapa orang pesakit buah pinggang daripada pelbagai peringkat usia yang sedang menjalani rawatan dialisis.

Sebaik sahaja selesai sesi lawatan, ahli-ahli rombongan berkumpul semula di bilik Dr. Korina untuk meneruskan sesi temu bual dan melengkapkan pelbagai maklumat yang diperlukan. Selepas menghadiahkan cenderamata, kumpulan ini bertolak pulang kira-kira pukul 1.00 petang. Pelbagai pengetahuan dan pengalaman berharga dapat dimanafaat oleh pelajar sepanjang sesi ini dijalankan. Satu sesi susulan mungkin akan diadakan lagi bersama-sama Dr.Korina Rahmat selepas ini untuk melancarkan proses penulisan jurnal tokoh.

An Interview with En. Md Dris Haji Yaacob,Undersecretary Human Resource Management Division


Six students and two teachers went to interview the personality at the Ministry of Foreign Affairs in Putrajaya. The six students were Thulaja Thessa, Ainur Rafeqah, Zulfarahin, Mohd Fahmi, Zulharith and Nur Diyana Johan whereas the two teachers were Madam Ivy Foo Siew Lain and Miss Boey Siew Lin. The personality we went to interview was En Mat Dris Yaacob, who is a diplomat. We left the school at around 3.00 p.m and reached the Ministry of Foreign Affairs at about 4.30 p.m. We were greeted warmly by his personal secretary, who ushered us into his office. We exchanged greetings and introduced ourselves to En Mat Dris and then began the interview. During the interview, we were served afternoon tea. After the interview, we took a few photographs with him. Before we left, En Mat Dris kindly presented us with some souvenirs. We left Putrajaya at about 7.30 p.m. After stopping at the R&R Seremban for prayers and dinner, we headed back to school and arrived back at around 10.00 p.m.

Sesi Temubual dengan Profesor Dr. A. Rahman A. Jamal, Pengarah UMBI



Sepanjang perbualan, Prof memberikan kerjasama yang sangat baik pada kami. Ide-ide bernas yang dilontarkan oleh beliau amat bermakna bagi kami dan secara tidak langsung menjadi inspirasi pada kami untuk lebih cemerlang khususnya di MOZAC.

Selain berkongsi pengalaman semasa bersekolah di SM Sains Muzaffar Syah pada tahun 1976, beliau juga turut menceritakan pengalaman hidupnya sehingga berjaya meraih dua ijazah kedoktoran; pertama sebagai Doktor Perubatan dan diikuti oleh Doktor Falsafah dalam bidang yang amat dekat di hati beliau iaitu Pakar Pediatrik dan Onkologi. Ternyata seorang bekas pelajar yang agak ‘revolusional’ sewaktu di sekolah, sebenarnya mempunyai hati nurani yang amat penyayang dan mudah tersentuh apabila melihat kanak-kanak yang berjuang untuk hidup melawan kanser. Justru, itulah yang mendorong beliau untuk melibatkan diri dalam misi angkasawan ke ISIS membawa sel-sel kanser untuk dijalankan ujikaji di sana. Malah kejayaan paling bermakna bagi beliau ialah apabila melihat kanak-kanak yang dirawat di wad beliau pulih dari kanser.

Meskipun telah menduduki kerusi Pengarah, beliau mencerminkan budi pekerti yang luhur, sentiasa ingat akan kebesaran Allah, dan tidak sombong atau bangga diri. Beliau sudi bergambar dengan kami, menjamu kami dengan makan tengahari, menyediakan cenderahati dari UMBI untuk kami dan sanggup menghantar kami hingga ke kawasan letak kereta walaupun dalam hujan renyai-renyai. Beliau ingin datang ke MOZAC satu hari nanti untuk melihat keadaan masa kini dan berkongsi ilmu dengan semua.

Kami meninggalkan perkarangan HUKM kira-kira pukul 1.45tgh, dan selepas solat dan rehat di Kajang, kami tiba di MOZAC pada pukul 6ptg.

Sunday, January 31, 2010

Bengkel Penulisan Biografi Tokoh Bekas Pelajar


TARIKH :24 Oktober 2009
TEMPAT: Pusat Sumber Sekolah
MASA: 8.30 – 12.30 tengahari
PENCERAMAH: Datuk Prof Dr Ramlah Adam (Universiti Teknologi Mara Shah Alam )

OBJEKTIF
1.Mendedahkan para pelajar kepada cara penulisan yang sistematik.

2.Memberi motivasi kepada para pelajar dengan mengkaji kejayaan bekas pelajar MOZAC untuk meransang pelajar menjadi pelajar yang lebih cemerlang lagi.

3.Menanam minat suka menulis kepada pelajar supaya dapat mendokumentasikan semua bahan kajian dan penyelidikan mereka daripada masa ke masa.

4.Menambah bahan dokumentasi sekolah

AKTIVITI – AKTIVITI
1.Alyya Syahirah Roszelan memberi memperkenalkan serba sedikit menganai diri penceramah iaitu Datuk Prof Dr Ramlah Adam.
2.Professor memberi penerangan serba sedikit mengenai penerbitan buku seperti bayaran dan bentuk buku.
•Pelajar diminta mengenal pasti gambar tokoh yang terdapat pada kulit buku yang dihasilkan oleh beliau.
•Beliau memberi motivasi kepada pelajar bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang.
3.Penerangan mengenai penulisan dalam bentuk biografi dan autobiografi. Selain itu, beliau menyatakan mengenai
•jenis-jenis penulisan biografi
• kaedah biografi.
4.Penceramah menyatakan sebab penulisan biografi dihasilkan.

IMPAK
1.Pelajar berminat dalam sesi penerangan yang telah dijalankan.
2.Pelajar bersoal jawab dengan professor mengenai penulisan biografi.
3.Pelajar juga dapat mengetahui serba sedikit sejarah tokoh-tokoh tanahair
4.Keseluruhannya, penceramah telah berjaya memberi satu model bengkel penulisan yang berkesan bagi memberi gambaran sebenar mengenai teknik penulisan biografi yang betul.
5.Guru-guru yang hadir turut berminat dengan penerangan yang diberikan oleh Prof Dr Ramlah Adam.

Saturday, August 8, 2009

Bengkel Penulisan & Penerbitan Jurnal e-Tinta


TAJUK: Bengkel Penerbitan dan Penulisan Jurnal
TARIKH: 8 Ogos 2009
TEMPAT: Pusat Sumber
MASA: 8.30am – 1.10pm (Sesi Pertama)
2.30pm- 4.30pm ( Sesi Kedua)
PENCERAMAH: PROF. MADYA DR.HANIPAH HUSSIN
(Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan UTEM)

OBJEKTIF
1. Untuk memberi pendedahan yang menyeluruh dan terpeinci tentang teknik- teknik menulis jurnal.
2. Untuk memberi bimbingan yang berterusan dari semasa ke semasa dalam menghasilkan sebuah jurnal yang berkualiti.
3. Melahirkan penulis jurnal yang berkesan hingga ke peringkat antarabangsa.

AKTIVITI-AKTIVITI
1.Pelajar diberi pengenalan yang komprehensif tentang bagaimanakah penulisan jurnal dilakukan, tugas pengarang dan aliran kerja penerbitan jurnal, dan bahagian-bahagian utama dalam penulisan jurnal berbentuk akademik.
2.Penerangan tentang teknik-teknik atau mekanisme dalam penulisan jurnal, contohnya dari segi saiz tulisan, huruf besar/kecil dan sebagainya.
3.Gerakerja kumpulan – Pelajar perlu memikirkan tajuk yang sesuai untuk bahan yang telah dikumpulkan semasa lawatan. Contohnya, membuat senarai lima bidang tugas – tajuk, pengarang utama,kedua dan ketiga.
4.Wakil setiap kumpulan telah menyenaraikan butiran yang diperlukan bagi setiap segmen penulisan jurnal – hasil kerja yang telah dibincangkan dalam kumpulan dan dibimbing oleh guru fasilitator dan Profesor Madya.
5.Aktiviti berbentuk “hands on” dijalankan. Pelajar diberi tugasan tentang cara menulis metadologi kajian, penghargaan dan rujukan.

IMPAK
1.Penglibatan pelajar, minat dan kesungguhan dapat disaksikan sepanjang bengkel dijalankan walaupun sesi dilanjutkan ke sebelah petang (atas permintaan professor) .
2.Pelajar/peserta bengkel juga dapat terus menaip draft jurnal mereka ke dalam komputer di Pusat Sumber.
3.Keseluruhannya, penceramah telah berjaya memberi satu model bengkel penulisan yang berkesan pada pelajar walaupun pada usia Tingkatan 2.
4.Bukan sekadar pelajar, guru-guru yang hadir juga teruja dan berminat dengan penerangan yang diberikan oleh Prof.Madya.

Penulisan Abstrak
Penulisan Jurnal
Contoh

Saturday, July 4, 2009

Jejak Maklumat E Tinta - 28 Jun 2009

Setelah bersarapan, kami telah bertolak pulang pada pukul 7.30 pagi menuju ke Pelis semula. Kami telah singgah sebentar di Sekolah Menengah Sains Syed Putra. Kemudian kami telah meneruskan perjalanan ke Gua Kelam. Di sana, sekali lagi, kami telah memasuki gua tersebut dengan berjalan kaki hingga ke sempadan Perlis- Thailand. Terdapat banyak struktur batuan yang menarik di dalam gua tersebut. Sebelum itu pelajar telah mengumpul maklumat tentang gua tersebut di galeri yang terdapat di disitu.Rombongan telah singgah di Padang Besar untuk membeli belah dan bertolak pulang pada pukul 3 petang.Di dalam perjalanan pulang, kami berpeluang melihat sebuah ladang tebu terbesar di Malaysia dan juga kilang memproses gula.Para peserta rombongan yang keletihan,mengambil peluang untuk berehat dan tidur di dalam bas sepanjang perjalanan pulang.Walaubagaimana pun di Gunung Semanggol, sebiji daripada tayar bas telah pancit. Sementara menunggu penukaran tayar, pelajar telah di arahkan untuk makan malam dan bersembahyang. Beberapa orang pelajar telah berganding bahu dengan pemandu dan guru untuk menukar tayar bas yang pancit. Syabas di ucapkan. Sekitar jam 10 malam, kami meneruskan perjalanan pulang dan alhamdulillah kami telah selamat sampai di sekolah pada pukul 4 pagi. Kesimpulannya, program Jejak Maklumat ini telah mencapai objektifnya dan merupakan suatu pengalaman yang menarik kepada semua peserta. Kami telah menimba banyak ilmu dan melalui banyak pengalaman baru.

Jejak Maklumat E Tinta - 27 Jun 2009

Seawal pukul 7.30 pagi, kami telah bertolak ke Jeti Kuala Perlis untuk meneruskan penjelajahan ke Langkawi.Perjalanan dengan feri mengambil masa selama 45 minit sahaja. Hujan menyambut ketibaan kami di Langkawitetapi acara pada hari itu tetap diteruskan. Setelah mendaftar untuk penginapan di MRSM Langkawi, kami di bawa ke Sireh Lagenda untuk melihat proses membuat minyak gamat oleh pemandu pelancung En. rashid aka Abang Rash. Di sini peserta rombongan telah diberi penerangan tentang gamat dan kebaikannya.Ada diantara peserta yg telah mencuba gamat yang telah dikeringkan dan ramai juga yang telah membeli produk gamat untuk di bawa pulang. Setelah itu, kami dibawa untuk membeli kain batik dan makan tengahari. Destinasi seterusnnya ialah Makam Mahsuri. Di dalam perjalanan, Abang Rash telah menceritakan kisah Lagenda Mahsurikepada kami. Setibanya disana, kami telah memonton video, melawat galeri, rumah, makam dan telaga Mahsuri. Sebahgian pelajar telah mempelajari cara membuat kuih karas.Pengalaman menaiki kereta kabel Langkawi adalah sesuatu yang menarik bagi sebahagian besar peserta kerana ianya merupakan pengalaman pertama mereka.Di atas pelajar dapat menyaksikan Langkawi dari aras 715m dari aras laut dan mereka juga berpeluang menyeberangi jambatan gantung. Pengalaman di Kilim Geopark Langkawi adalah yang paling menarik. Kami menaiki bot sehingga ke pintu laut dan kemudian menyaksikan sekawanan Helang Merah berterbangan di angkasa. Kemudian kami ke sangkar ikan dan menyaksikan ikan sumpit yang boleh menyumpit dengan tepat. Kami juga berpeluang memegang dan ermain dengan ikan pari dan belangkas sera melihat ikan baracuda yang merupakan ikan yang ganas. Setelah itu kami memasuki Gua Kelawar dan menyaksikan kelawar, stalagmit & stalagtit.Rombongan telah ke pekan Kuah untuk membeli belah sebelum pulang ke MRSM pada pukul 10 malam.

Jejak Maklumat E Tinta - 26 Jun

Perjalanan dengan keretapi ke Ipoh dari Stesen Sentral Kuala Lumpur mengambil masa selama 3 jam. Rombongan telah bermalam di Sekolah Tunku Abdul Rahman Ipoh (STAR). Pada keesokan harinya,kami seterusnya menjejaki sejarah penanaman getah di Malaysia dan melihat antara pokok getah tertua negara di Bandar Diraja Kuala Kangsar.Peserta program juga berpeluang mengkaji rekabentuk bangunan lama seperti bangunan MCKK, Istana Kenangan,Masjid Ubudiah dan Galeri Sultan Azlan Syah. Di Istana Kenangan kami mempelajari sejarah pemerintahan beraja di Perak. Satu fakta menarik tentang istana ini ialah ianya tidak menggunakan sebarang paku untuk pembinaannya. Di Galeri Sultan Azlan Syah, kami mempelajari dengan lebih mendalam tentang baginda. Di Masjid Ubudiah kami berpeluang melihat rekabentuk masjid yang mendapat pengaruh Moor.Disana kami juga berpeluang melihat Makam Diraja yang terletak bersebelahan dengan bangunan masjid.Pada pukul 4 petang, kami meneruskan perjalanan ke Perlis dan telah menginap di homestay setelah tiba lebih kurang pukul 9 malam.

Sunday, June 28, 2009

Jejak Maklumat E Tinta - 25 Jun - 28 Jun 2009



25 Jun 2009
Seramai 33 orang pelajar dan 5 orang guru telah mengikuti program Jejak Maklumat E Tinta: Tempat - tempat Bersejarah Malaysia pada 25 - 28 Jun 2009. Pada 25 hb Jun 2009, ahli rombongan relah bertolak seawal pukul 8 pagi menuju ke negeri Selangor untuk menjejaki sejarah di Jugra. tempat pertama yang dilawati adalah Makam Sultan Abdul Samad dan kerabat - kerabat diraja selangor. Pelajar - Pelajar telah menemubual En. Rashid, Pegawai JAIS yang ditugaskam menjaga makam tersebut. Beliau telah memberi penerangan tentang Sultan Abdul Samad kepada ahli rombongan. Setelah itu rombongan bergerak ke Istana Bandar. Nasib menyebelahi kami kerana Wak Mol, penjaga istana tersebut kebeutulan berada di kawasan istana yang sedang dalam proses pemuliharaan. Oleh yang demikian, ahli rombongan telah dibawa menjelajahi seluruh kawasan istana dan diberikan penerangan secara terperinci tentang istana, sultan - sultan yang bersemayam di istana tersebut, pentadbiran kerajaan lama Selangor, sistem pemerintahan, rekabentuk istana dan lain - lain.Seterusnya ahli rombongan telah bersembahyang di Masjid Alauddin, iatu salah satu masjid tertua di negeri Selangor.Pada pukul 9 malam, kami telah menaiki Keretapi Tanah Melayu menuju ke Ipoh. Rata - rata ianya adalah pengalaman pertama yang cukup bermakna kepada hampir semua ahli rombongan. kami tiba di Ipoh pada pukul 12.45 malam dan telah bermalam di STAR Ipoh.

Monday, April 6, 2009

Program - program e Tinta 2009

1. Lawatan ke tempat bersejarah di Malaysia : 18 Jun - 21 Jun
2. Bengkel Penulisan Bahasa Inggeris - Julai
3. Jejak Warisan 2
4. Bicara Tokoh - Tun Dr Mahathir b. Mohammad/Bekas Pelajar
5. Menyertai pertandingan - pertandingan penulisan di semua peringkat
6. Penulisan online - Pembina online