Sunday, June 28, 2009

Jejak Maklumat E Tinta - 25 Jun - 28 Jun 2009



25 Jun 2009
Seramai 33 orang pelajar dan 5 orang guru telah mengikuti program Jejak Maklumat E Tinta: Tempat - tempat Bersejarah Malaysia pada 25 - 28 Jun 2009. Pada 25 hb Jun 2009, ahli rombongan relah bertolak seawal pukul 8 pagi menuju ke negeri Selangor untuk menjejaki sejarah di Jugra. tempat pertama yang dilawati adalah Makam Sultan Abdul Samad dan kerabat - kerabat diraja selangor. Pelajar - Pelajar telah menemubual En. Rashid, Pegawai JAIS yang ditugaskam menjaga makam tersebut. Beliau telah memberi penerangan tentang Sultan Abdul Samad kepada ahli rombongan. Setelah itu rombongan bergerak ke Istana Bandar. Nasib menyebelahi kami kerana Wak Mol, penjaga istana tersebut kebeutulan berada di kawasan istana yang sedang dalam proses pemuliharaan. Oleh yang demikian, ahli rombongan telah dibawa menjelajahi seluruh kawasan istana dan diberikan penerangan secara terperinci tentang istana, sultan - sultan yang bersemayam di istana tersebut, pentadbiran kerajaan lama Selangor, sistem pemerintahan, rekabentuk istana dan lain - lain.Seterusnya ahli rombongan telah bersembahyang di Masjid Alauddin, iatu salah satu masjid tertua di negeri Selangor.Pada pukul 9 malam, kami telah menaiki Keretapi Tanah Melayu menuju ke Ipoh. Rata - rata ianya adalah pengalaman pertama yang cukup bermakna kepada hampir semua ahli rombongan. kami tiba di Ipoh pada pukul 12.45 malam dan telah bermalam di STAR Ipoh.