Friday, February 27, 2009

Peraduan menulis Cerita Sempena Hari Guru 2009



Sebagai memenuhi kriteria kebitaraan dalam bidang penulisan,Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka sentiasa mengalakkan para pelajar dan guru untuk menyertai sebarang bentuk pertandingan penulisan.

Pada tahun 2008, 2 orang pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka telah berjaya memenangi tempat pertama dan kelima untuk kategori Bahasa Inggeris menengah atas dan menengah Rendah. Pelajar -pelajar tersebut adalah:
1. Chong Pek wan
2. Zul farahin Zulkifli
Mereka telah menwakili Melaka ke pertandingan di peringkat Kebangsaan.

Pada tahun ini, Kementerian Pelajaran sekali lagi menganjukan satu perandingan menulis cerita sempena hari guru 2009.Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka telah mengenal pasti Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka sebagai salah sebuah sekolah untuk mengambil bahagian di dalam pertandingan tersebut.MOZAC telah menghantar 13 penyertaan dalam kategori Bahasa Melayu & 11 penyertaan dalam kategori Bahasa Inggeris. Puan Wan Hailah Wan Yahya dan Puan Haidah Azudinjuga telah mengambil bahagian untuk kategori guru.

Sekali lagi 2 penyertaan kategori Bahasa Inggeris telah terpilih untuk mewakili Melaka ke peringkat Kebangsaan. Mereka yang berjaya adalah:
1. Zul farahin Zulkifli
2. Jananieswary Servai a/p Kalaisva

Sekalung penghargaan & Tahniah untuk mereka.

Ceramah Penulisan Kebitaraan e Tinta


Pada 20 hb Februari 2009,Jawatankuasa kebitaraan e-Tinta sekolah mengadakan program ceramah penulisan untuk semua 600 pelajar pada jam 3 petang di dewan sekolah. Penceramah jemputan adalah En Ishak bin Dalib, Ketua Pengarang Eksekutif Akhbar Melaka Hari ini. Antara pengisian ceramah ialah:

1.Pengalaman beliau dalam bidang penulisan
2.Ciri-ciri seorang penulis
3.Penghasilan penulisan yang baik .

Para pelajarjuga berkesempatan untuk mengemukakan pelbagai soalan dan menemubual beliau.Adalah diharapkan pelajar dan guru Moz@c selepas ini akan lebih memahami aspek penulisan artikel sebagi satu kelebihan menjadi warga sekolah ini.

Program Jejak Warisan 2009

Sebagai salah satu komponen kebitaraan e Tinta, sekolah telah mengadakan satu program jejak matlumat yang berdasarkan warisan & sejarah pada 7 hb Februari 2009 bertempat di Banda Hilir.Seramai 40 pelajar dan guru mengikuti program JEJAK WARISAN anjuran bersama Perbadanan Muzium Negeri Melaka .Program ini memberi peluang kepada pelajar dan guru Moz@c untuk mendalami kesan sejarah Melaka .Antara pengisian program adalah: 1.Taklimat 2.Temuramah 3.Ceramah, 4.Lawatan menyusuri sungai Melaka 5.Lawatan ke Villa Sentosa, Kg Morten. Guru pengiring ialah Tn Hj Hassim dan PK Hem, Cik Rosnah Osman

Komponen & Faedah

Terdapat 4 komponen dalam program e Tinta iaitu:

1. Bengkel Penulisan
2. Bicara Tokoh
3. Jejak Maklumat
4. Unit Penerbitan

Antara faedah yang akan diperolehi oleh para pelajar ialah:

Pelajar MOZAC akan lebih berkeyakinan dalam mengendalikan apa jua tugasan yang diberikan.

Sekolah dapat melahirkan pelajar yang mempunyai minat yang tinggi dalam bidang penulisan dan penerbitan.

Semua kajian dan penyelidikan warga MOZAC didokumentasikan dan dijadikan bahan rujukan oleh pelbagai peringkat masyarakat melalui ARKIB MOZAC.

Pelajar mempunyai kemahiran dalam bidang penulisan dan penerbitan serta menjadi satu budaya.

Kebitaraan E - Tinta

RINGKASAN EKSEKUTIF

Penulisan merupakan suatu bidang kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua pelajar dan guru kerana ia merupakan alat penyampaian maklumat yang berkesan dan berkekalan. Warga MOZAC perlu didedahkan dengan kemahiran ini untuk membolehkan pelbagai hasil kajian dan penyelidikan yang diusahakan serta maklumat yang diakses dalam kemhiran ”ICT” akan dapat didokumentasikan untuk dijadikan rujukan. Pentingnya warga MOZAC didedahkan dengan pelbagai peringkat penulisan dan penerbitan dari semasa ke semasa agar Pusat Sumber MOZAC akan menjadi khazanah ilmu dalam bentuk fizikal dan maya untuk rujukan warga sekolah dan masyarakat luar. Semua penciptaan dan kejayaan yang diraih oleh pelajar sekolah ini didokumentasi dan dijurnalkan oleh guru dan pelajar sendiri. Penulisan dan penerbitan ini diharapkan setaraf dengan mutu penulisan dan penerbitan semasa dalam dan luar negara. Program ini akan dapat memupuk minat guru dan pelajar dalam bidang penulisan dan penerbitan serta mempelajari dan menimba ilmu daripada tokoh-tokoh penulis tanahair.
Pelajar boleh menyertai pelbagai pertandingan menulis anjuran agensi kerajaan dan swasta serta antarabangsa . Program ini dijangkakan menelan belanja sebanyak RM 40, 000.

LATAR BELAKANG PROGRAM

Pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada dalam penulisan laporan hasil bidang inovasi dan rekacipta sains yang disertai pada setiap tahun. Pelajar juga mempunyai kemahiran dalam bidang penulisan dan penerbitan majalah sekolah ”PEMBINA” yang hanya dikendalikan oleh sidang redaksinya. Guru dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai bidang penulisan dan penerbitan setiap hari dalam kehidupan mereka yang sinonim dengan ilmu pengetahuan. Pengetahuan ”ICT” yang tinggi dan mereka telah didedahkan dalam aspek penulisan dalam bilik darjah secara berterusan. Oleh itu, adalah lebih baik jika warga MOZAC mempunyai kemahiran e-Tinta supaya semua hasil, kajian dan dapatan akan dapat didokumentasikan dan dijadikan bahan rujukan. Jenama MOZAC akan tersohor dalam bidang penerbitan di dalam dan luar negara dan mampu menerbitkan pelbagai hasil penulisan pelajarnya sendiri.

OBJEKTIF

Empat puluh peratus pelajar dan guru akan memahami konsep kajian dan metodologi penulisan untuk bidang ”R&D” dan ”ICT”.

Jumlah pelajar dan guru akan dapat mendokumentasikan kajian dan bahan penulisan dengan menggunakan ”ICT” ialah sebanyak 40%.

Seratus peratus kumpulan pelajar dan guru ”R & D” dan ”ICT” akan mengendalikan dan mempamerkan bahan penerbitan dalam bentuk jurnal, majalah, buku, CD, blog sekolah, buletin dan lain-lain.

Melahirkan pelajar dan guru yang berkebolehan dalam semua bidang ilmu serta mempunyai kecerdasan pelbagai (multiple-intelligences) meningkat sebanyak 5%.

Menanam nilai estetika dalam diri semua pelajar dan guru untuk menghayati dan menerap pelbagai nilai murni ketika bekerja dalam kumpulan dan kelompok individu.