Wednesday, January 18, 2012

Buku Penulisan Biografi Personaliti Unggul MOZAC



Akhirnya, buku penulisan biografi personaliti unggul MOZAC telah berjaya dicetak. Buku hasil penulisan para pelajar dan guru dibawah kebitaraan e-Tinta ini mengandungi penulisan mengenai 6 tokoh bekas pelajar MOZAC iaitu:
1. YB Datuk Ir. Haji Idris Haji Harun - Ahli Parlimen Tangga Batu
2. Dato' Dr. Ma'amor bin Osman - Setiausaha Agung Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
3. Tn. Hj. Rafie b. Omar - CEO Amanah Raya Legacy Service
4. Dr. Korina binti Rahmat - Ketua Unit Pakar Perunding Kanan Neurologi
5. En. Mat Dris b. Haji Yaakob - Duta Malaysia ke Syria
6. Prof. Dr. A. Rahman A. Jamal- Pengarah Medical Molecular Biology Institute(UMBI).
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam projek ini.

Monday, April 4, 2011

Dublin Literary Award for Young Malaysians 2011


Lima orang pelajar MOZAC telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut walaupun surat berkenaan pertandingan itu diterima seminggu sebelum tarikh tutup pertandingan. Pelajar - pelajar yang telah mengambil bahagian adalah:
Kategori Junior:
1. Norhafizah Muhd Asri
2. Amira Deana Abraham
3. Azyan Anisah Ramli
4. Umar Zulkarnain

Kategori Senior
1. Jananeiswary Servai

Topic: Teenagers Today
Panjang: 800 - 1200 patah perkataan

Diharapkan ada diantara pelajar - pelajar yang bertanding memenangi sebarang hadiah untuk pertandingan ini.

Tuesday, March 8, 2011

Pertandingan Menulis cerita Kanak - kanak Sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2011

MOZAC telah menghantar pelajar untuk pertandingan tersebut di peringkat negeri bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pelajar - pelajar yang mewakili MOZAC ialah:

Bahasa Melayu - Menengah Rendah
Nur Hazikah Khalida Noorsir
Amir Hakimi b. Abd Khairi
Amirul b. Sazali

Bahasa Melayu - Menengah Atas
Noratikah Baharom
Ahmad Naqib Baharum

Bahasa Inggeris - Menengah Rendah
Umar Hakeem

Bahasa Inggeris - Menengah Atas
Adlina Abd Rahim - To Sir With Love
Jananeiswary Servai a/p Servai - In Return

Hasilnya 4 orang pelajar telah berjaya dipilih untuk mewakili Melaka ke peringkat Kebangsaan. Para pelajar yang terpilih ialah:

Bahasa Melayu
Nurhazikah Khalida binti Noorsir - Dia Rakan, Ibu dan Guru
Nur Atikah Baharom -Korban Kejayaan

Bahasa Inggeris
Adlina Abd Rahim - To Sir With Love
Jananeiswary Servai a/p Servai - In Return

Wednesday, February 23, 2011

Final Editing Buku Biografi Tokoh

Setelah tertangguh lama akibat kesibukan menjalankan aktiviti - aktiviti SBT pada tahun lepas, akhirnya proses editing 2 kumpulan terakhir telah dapat dijalankan pada 21 Februari 2011. Dua kumpulan yang menulis berkenaan Datuk Idris Haron, Ahli Parlimen Tangga Batu dan En Md Dris Hj Yaakob, Duta Malaysia ke Syria yang merupakan bekas pelajar MOZAC telah dijalankan bersama mentor Prof Dr. Hanipah Hussin (UTeM). Proses terakhir editing akan dilakukan oleh Prof Dr. Hanipah sebelum hasil tulisan dihantar untuk cetakan. Diharapkan pada tahun ini, kedua - dua hasil penulisan pelajar dibawah kebitaraan eTinta iaitu penulisan jurnal dan penulisan Biografi Tokoh Bekas Pelajar akan dapat dicetak.

Hasil Penulisan Pelajar - Program Pengantarabangsaan ke Beijing, China

Kumpulan Bahasa Inggeris - Travelogue - Pieces of Memories
Kumpulan Bahasa Melayu


Kumpulan Bahasa Jepun


Kumpulan Bahasa Mandarin




Kumpulan Seni
Kumpulan ini telah mengumpulkan gambar - gambar program dan membuat rakaman serta video ke Beijing

Kumpulan Sejarah

Program Pengantarabangsaan ke Beijing, China


Pada 5 - 10 November, seramai 25 orang pelajar dan 9 orang guru MOZAC telah menyertai program Pengantarabangsaan ke Beijing, China. Antara objektif program ialah ubtuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memberi peluang kepada para pelajar untuk bertutur dengan penutur jati Bahasa Mandarin. Rombongan telah disertai oleh Pengarah BPSBPSK, Puan Ashah Samah dan 2 orang pegawai BPSBPSK. Di Beijing para pelajar telah membuat persembahan di Beijing Foreign Language School (BFLS) dan juga berkesempatan bertemu dengan para pelajar China yang mempelajari Bahasa Melayu di Foreign Language University (BFSU). BPSBPSK dan MOZAC telah merintis kerjasama dengan BFSU dalam pertemuan dengan Prof Wu Zang Yu & Prof. Dr.Awang Sarian. Selain daripada itu para peserta rombongan telah dapat melawat tempat - tempat bersejarah dan menarik di Beijing seperti The Summer's Palace, Great Wall of China, The Forbidden City, Tian An Men Square dan Birdnest Olympic Stadium. Selain membuat persembahan di peringkat antarabangsa, para pelajar juga akan menghasilkan beberapa jenis penulisan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun dan Bahasa Mandarin. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar bagi melahirkan pemimpin bertaraf dunia.

Saturday, May 8, 2010

Proses Editing Penulisan Buku Biografi Tokoh Bekas Pelajar 1

Pada 7 Mei 2010, 4 buah kumpulan telah mempamerkan dan membentangkan hasil penulisan mereka kepada Prof. Dr. Hanipah Hussin. Beliau telah bersama - sama guru dan ahli kumpulan telah menjalankan proses editing bersama. beliau juga telah memberikan pendapat dan membetulkan hasil penulisan tersebut. 3 buah kumpulan lagi akan membentangkan hasil penulisan masing - masing pada suatu bengkel editing yang akan diadakan kemudian.

Sunday, April 25, 2010

Bengkel Penulisan Biografi Tokoh Bekas Pelajar


Dua buah bengkel penulisan susulan telah dibuat pada 4 April & 25 April 2010. Bengkel- bengkel ini diadakan diadakan setelah semua kumpulan membuat temu ramah dengan tokoh bekas pelajar bersama kumpulan masing - masing. Dalam Bengkel pertama pelajar dan guru di bimbing untuk menghasilkan sebuah buku Biografi. Semua kumpulan diminta melengkapkan gambar dan penulisan mereka. Dalam Bengkel kedua pula, beliau menerangkan dengan lebih terperinci teknik penulisan buku biografi tokoh, ciri - ciri dan penyusunan gambar dalam sesebuah buku. Semua guru diminta untuk menghasilkan Bab 1 untuk buku biografi tersebut. Semua bengkel ini telah dibimbing oleh Prof. Dr. Hanipah Hussin dari UTeM.

Thursday, April 22, 2010

Menemu bual Tokoh Bekas Pelajar-Tuan Hj. Rafie bin Omar: CEO Amanah Raya


Tajuk : Tarikh : 9 Mac 2010
Hari : Selasa
Masa : 8.30pagi – 7.00petang

Aktiviti :

Pada 9 Mac 2010 yang lalu, seramai 6 orang pelajar diiringi oleh seorang guru telah mengadakan sebuah temu bual eksklusif bersama tokoh bekas pelajar MOZAC iaitu Tuan Hj. Rafie bin Omar, seorang Ketua Pegawai Eksekutif Wisma Amanah Raya Kuala Lumpur.
Kami bertolak dari sekolah pada pukul 8.30pagi dan tiba di destinasi pada pukul 10.30pagi. Kami terpegun seketika melihat ketinggian bangunan Wisma Amanah Raya yang jelas memaparkan kejayaan seorang bekas pelajar MOZAC. Temu bual dimulakan tepat jam 11.30pagi di salah sebuah bilik mesyuarat di Wisma Amanah Raya. Intipati temu bual merangkumi pelbagai latar belakang tokoh mengikut kronologi. Soalan-soalan yang diajukan pula dibahagikan kepada beberapa bahagian meliputi zaman kanak-kanak beliau, alam remaja di MOZAC dan di universiti, kerjaya beliau yang terkini sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Wisma Amanah Raya serta serba sedikit mengenai kehidupan rumah tangganya.
Sepanjang temu bual ini, Tuan Hj. Rafie bin Omar memberi sepenuh komitmennya dalam memberi maklumat yang diperlukan. Pelajar-pelajar pula telah mendapat banyak maklumat dan pendedahan oleh tokoh, terutamanya dalam bidang undang-undang. Selain itu, pelajar juga diberi tips berguna untuk berjaya dalam hidup.
Setelah hamper 3 jam berkongsi maklumat, sesi temu bual secara formal selesai dan kami berehat sebentar untuk makan tengah hari. Selepas itu, kami dibawa ke pejabat peribadinya untuk sesi temu bual secara tidak formal. Kami diberi peluang oleh Tuan Hj. Rafie bin Omar untuk melihat sekitar pejabatnya dan mengambil beberapa gambar serta fotokopi sijil-sijilnya bagi membantu proses penulisan jurnal nanti. Selepas menghadiahkan cenderamata, kami bertolak pulang sekitar pukul 4.30petang. Satu sesi temu bual susulan bersama tokoh mungkin akan diadakan untuk malancarkan proses penulisan jurnal.

Thursday, March 4, 2010

Temubual bersama Tokoh Bekas Pelajar - Dato’ Dr. Ma’amor bin Osman



Pada hari Sabtu bersamaan 6 Februari 2010 yang lalu, seramai 6 orang ahli e-Tinta telah pergi ke kampung halaman Dato’ Dr. Ma’amor bin Osman yang terletak di Kampung Paku, Alor Gajah, Melaka dengan diiringi oleh guru pembimbing iaitu Pn. Noorwati binti Sulieman. Para pelajar tersebut ialah Nur Anis Atika b. Zainal Abidin (5 Alfa), Nabilah bt. Zainudin (5 Beta), Mohd Rafie bin Shaharudin (4 Alfa), Fatin Fazira bt. Che Daud (4 Alfa), Rais bin Ishak (3 Alfa) dan Ainina Nabilah bt. Abdul Jalil (2 Alfa). Kami telah bertolak pada pukul 8.15 pagi dengan menaiki bas sekolah.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk tiba ke destinasi. Setibanya di sana kami disambut oleh Dato’ Dr. Ma’amor dan ahli keluarganya. Kami turut dijamu dengan sarapan pagi. Layanan mesra yang diberikan telah menghilangkan rasa kekok kami untuk berhadapan dengan seorang tokoh negara yang dikenali ramai.
Dato’ Dr. Ma’amor bukan sahaja insan yang prihatin dengan hal-hal kepenggunaan bahkan alam sekitar. Beliau amat menyukai suasana kehijauan dan kedamaian. Beliau telah membawa kami ke kebun miliknya. Kami terpegun melihat suasana di sana. Terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan yang sayur-sayuran yang ditanam bahkan ada antara namanya yang tidak pernah kami dengar atau kenali. Terdapat juga binatang peliharaan seperti ayam dan itik serta kolam ikan.
Setelah puas menikmati panorama itu, kami dibawa berehat ke sebuah pondok yang disediakan untuk sesi temu ramah. Kami telah memanfaatkan sebaik mungkin peluang yang ada untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah hidup, persekolahan, alam perkahwinan dan kerjaya beliau. Dato’ Dr. Ma’amor begitu ramah bercerita sambil menyelitkan nasihat buat kami. Cita-cita asal beliau sebenarnya adalah untuk menjadi seorang arkitek tetapi berubah kepada doktor kerana pada beliau hanya ada dua kerjaya yang akan menggunakan panggilan tersebut sehingga ke akhir hayat iaitu doktor dan cikgu. Beliau turut mengimbas kembali kenangan zaman persekolahan semasa di MOZAC. Antaranya makan nasi hitam. Beliau menggelarkan sedemikian bukanlah kerana nasi tersebut hangit tetapi hitam kerana dihurungi lalat selain hanya makan berlaukkan sardin. Pelbagai lagi pengalaman pahit manis turut diceritakan.
Setelah selesai temu ramah, kami diberi peluang untuk memancing di kolam beliau. Aktiviti ini adalah satu pengalaman baru yang amat berharga buat kami. Selesai memancing, kami pulang semula ke rumah Dato’ Dr. Ma’amor. Kali ini, kami dijamu pula dengan juadah makan tengahari. Menunya adalah ikan masak asam pedas yang merupakan kepakaran isteri Dato’ Dr. Ma’amor, itik masak rendang dan sayuran campur. Memang lazat semuanya.

Pada pukul 1.00 tengahari kami semua meminta diri untuk pulang. Pn. Noorwati telah menyampaikan cenderahati kepada Dato’ Dr. Ma’amor sebagai tanda terima kasih kami. Sesungguhnya, ini merupakan pengalaman manis kami. Saya mewakili rakan-rakan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Noorwati selaku guru pembimbing kami.