Sunday, April 25, 2010

Bengkel Penulisan Biografi Tokoh Bekas Pelajar


Dua buah bengkel penulisan susulan telah dibuat pada 4 April & 25 April 2010. Bengkel- bengkel ini diadakan diadakan setelah semua kumpulan membuat temu ramah dengan tokoh bekas pelajar bersama kumpulan masing - masing. Dalam Bengkel pertama pelajar dan guru di bimbing untuk menghasilkan sebuah buku Biografi. Semua kumpulan diminta melengkapkan gambar dan penulisan mereka. Dalam Bengkel kedua pula, beliau menerangkan dengan lebih terperinci teknik penulisan buku biografi tokoh, ciri - ciri dan penyusunan gambar dalam sesebuah buku. Semua guru diminta untuk menghasilkan Bab 1 untuk buku biografi tersebut. Semua bengkel ini telah dibimbing oleh Prof. Dr. Hanipah Hussin dari UTeM.

Thursday, April 22, 2010

Menemu bual Tokoh Bekas Pelajar-Tuan Hj. Rafie bin Omar: CEO Amanah Raya


Tajuk : Tarikh : 9 Mac 2010
Hari : Selasa
Masa : 8.30pagi – 7.00petang

Aktiviti :

Pada 9 Mac 2010 yang lalu, seramai 6 orang pelajar diiringi oleh seorang guru telah mengadakan sebuah temu bual eksklusif bersama tokoh bekas pelajar MOZAC iaitu Tuan Hj. Rafie bin Omar, seorang Ketua Pegawai Eksekutif Wisma Amanah Raya Kuala Lumpur.
Kami bertolak dari sekolah pada pukul 8.30pagi dan tiba di destinasi pada pukul 10.30pagi. Kami terpegun seketika melihat ketinggian bangunan Wisma Amanah Raya yang jelas memaparkan kejayaan seorang bekas pelajar MOZAC. Temu bual dimulakan tepat jam 11.30pagi di salah sebuah bilik mesyuarat di Wisma Amanah Raya. Intipati temu bual merangkumi pelbagai latar belakang tokoh mengikut kronologi. Soalan-soalan yang diajukan pula dibahagikan kepada beberapa bahagian meliputi zaman kanak-kanak beliau, alam remaja di MOZAC dan di universiti, kerjaya beliau yang terkini sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Wisma Amanah Raya serta serba sedikit mengenai kehidupan rumah tangganya.
Sepanjang temu bual ini, Tuan Hj. Rafie bin Omar memberi sepenuh komitmennya dalam memberi maklumat yang diperlukan. Pelajar-pelajar pula telah mendapat banyak maklumat dan pendedahan oleh tokoh, terutamanya dalam bidang undang-undang. Selain itu, pelajar juga diberi tips berguna untuk berjaya dalam hidup.
Setelah hamper 3 jam berkongsi maklumat, sesi temu bual secara formal selesai dan kami berehat sebentar untuk makan tengah hari. Selepas itu, kami dibawa ke pejabat peribadinya untuk sesi temu bual secara tidak formal. Kami diberi peluang oleh Tuan Hj. Rafie bin Omar untuk melihat sekitar pejabatnya dan mengambil beberapa gambar serta fotokopi sijil-sijilnya bagi membantu proses penulisan jurnal nanti. Selepas menghadiahkan cenderamata, kami bertolak pulang sekitar pukul 4.30petang. Satu sesi temu bual susulan bersama tokoh mungkin akan diadakan untuk malancarkan proses penulisan jurnal.