Saturday, July 4, 2009

Jejak Maklumat E Tinta - 28 Jun 2009

Setelah bersarapan, kami telah bertolak pulang pada pukul 7.30 pagi menuju ke Pelis semula. Kami telah singgah sebentar di Sekolah Menengah Sains Syed Putra. Kemudian kami telah meneruskan perjalanan ke Gua Kelam. Di sana, sekali lagi, kami telah memasuki gua tersebut dengan berjalan kaki hingga ke sempadan Perlis- Thailand. Terdapat banyak struktur batuan yang menarik di dalam gua tersebut. Sebelum itu pelajar telah mengumpul maklumat tentang gua tersebut di galeri yang terdapat di disitu.Rombongan telah singgah di Padang Besar untuk membeli belah dan bertolak pulang pada pukul 3 petang.Di dalam perjalanan pulang, kami berpeluang melihat sebuah ladang tebu terbesar di Malaysia dan juga kilang memproses gula.Para peserta rombongan yang keletihan,mengambil peluang untuk berehat dan tidur di dalam bas sepanjang perjalanan pulang.Walaubagaimana pun di Gunung Semanggol, sebiji daripada tayar bas telah pancit. Sementara menunggu penukaran tayar, pelajar telah di arahkan untuk makan malam dan bersembahyang. Beberapa orang pelajar telah berganding bahu dengan pemandu dan guru untuk menukar tayar bas yang pancit. Syabas di ucapkan. Sekitar jam 10 malam, kami meneruskan perjalanan pulang dan alhamdulillah kami telah selamat sampai di sekolah pada pukul 4 pagi. Kesimpulannya, program Jejak Maklumat ini telah mencapai objektifnya dan merupakan suatu pengalaman yang menarik kepada semua peserta. Kami telah menimba banyak ilmu dan melalui banyak pengalaman baru.

Jejak Maklumat E Tinta - 27 Jun 2009

Seawal pukul 7.30 pagi, kami telah bertolak ke Jeti Kuala Perlis untuk meneruskan penjelajahan ke Langkawi.Perjalanan dengan feri mengambil masa selama 45 minit sahaja. Hujan menyambut ketibaan kami di Langkawitetapi acara pada hari itu tetap diteruskan. Setelah mendaftar untuk penginapan di MRSM Langkawi, kami di bawa ke Sireh Lagenda untuk melihat proses membuat minyak gamat oleh pemandu pelancung En. rashid aka Abang Rash. Di sini peserta rombongan telah diberi penerangan tentang gamat dan kebaikannya.Ada diantara peserta yg telah mencuba gamat yang telah dikeringkan dan ramai juga yang telah membeli produk gamat untuk di bawa pulang. Setelah itu, kami dibawa untuk membeli kain batik dan makan tengahari. Destinasi seterusnnya ialah Makam Mahsuri. Di dalam perjalanan, Abang Rash telah menceritakan kisah Lagenda Mahsurikepada kami. Setibanya disana, kami telah memonton video, melawat galeri, rumah, makam dan telaga Mahsuri. Sebahgian pelajar telah mempelajari cara membuat kuih karas.Pengalaman menaiki kereta kabel Langkawi adalah sesuatu yang menarik bagi sebahagian besar peserta kerana ianya merupakan pengalaman pertama mereka.Di atas pelajar dapat menyaksikan Langkawi dari aras 715m dari aras laut dan mereka juga berpeluang menyeberangi jambatan gantung. Pengalaman di Kilim Geopark Langkawi adalah yang paling menarik. Kami menaiki bot sehingga ke pintu laut dan kemudian menyaksikan sekawanan Helang Merah berterbangan di angkasa. Kemudian kami ke sangkar ikan dan menyaksikan ikan sumpit yang boleh menyumpit dengan tepat. Kami juga berpeluang memegang dan ermain dengan ikan pari dan belangkas sera melihat ikan baracuda yang merupakan ikan yang ganas. Setelah itu kami memasuki Gua Kelawar dan menyaksikan kelawar, stalagmit & stalagtit.Rombongan telah ke pekan Kuah untuk membeli belah sebelum pulang ke MRSM pada pukul 10 malam.

Jejak Maklumat E Tinta - 26 Jun

Perjalanan dengan keretapi ke Ipoh dari Stesen Sentral Kuala Lumpur mengambil masa selama 3 jam. Rombongan telah bermalam di Sekolah Tunku Abdul Rahman Ipoh (STAR). Pada keesokan harinya,kami seterusnya menjejaki sejarah penanaman getah di Malaysia dan melihat antara pokok getah tertua negara di Bandar Diraja Kuala Kangsar.Peserta program juga berpeluang mengkaji rekabentuk bangunan lama seperti bangunan MCKK, Istana Kenangan,Masjid Ubudiah dan Galeri Sultan Azlan Syah. Di Istana Kenangan kami mempelajari sejarah pemerintahan beraja di Perak. Satu fakta menarik tentang istana ini ialah ianya tidak menggunakan sebarang paku untuk pembinaannya. Di Galeri Sultan Azlan Syah, kami mempelajari dengan lebih mendalam tentang baginda. Di Masjid Ubudiah kami berpeluang melihat rekabentuk masjid yang mendapat pengaruh Moor.Disana kami juga berpeluang melihat Makam Diraja yang terletak bersebelahan dengan bangunan masjid.Pada pukul 4 petang, kami meneruskan perjalanan ke Perlis dan telah menginap di homestay setelah tiba lebih kurang pukul 9 malam.