Saturday, July 4, 2009

Jejak Maklumat E Tinta - 28 Jun 2009

Setelah bersarapan, kami telah bertolak pulang pada pukul 7.30 pagi menuju ke Pelis semula. Kami telah singgah sebentar di Sekolah Menengah Sains Syed Putra. Kemudian kami telah meneruskan perjalanan ke Gua Kelam. Di sana, sekali lagi, kami telah memasuki gua tersebut dengan berjalan kaki hingga ke sempadan Perlis- Thailand. Terdapat banyak struktur batuan yang menarik di dalam gua tersebut. Sebelum itu pelajar telah mengumpul maklumat tentang gua tersebut di galeri yang terdapat di disitu.Rombongan telah singgah di Padang Besar untuk membeli belah dan bertolak pulang pada pukul 3 petang.Di dalam perjalanan pulang, kami berpeluang melihat sebuah ladang tebu terbesar di Malaysia dan juga kilang memproses gula.Para peserta rombongan yang keletihan,mengambil peluang untuk berehat dan tidur di dalam bas sepanjang perjalanan pulang.Walaubagaimana pun di Gunung Semanggol, sebiji daripada tayar bas telah pancit. Sementara menunggu penukaran tayar, pelajar telah di arahkan untuk makan malam dan bersembahyang. Beberapa orang pelajar telah berganding bahu dengan pemandu dan guru untuk menukar tayar bas yang pancit. Syabas di ucapkan. Sekitar jam 10 malam, kami meneruskan perjalanan pulang dan alhamdulillah kami telah selamat sampai di sekolah pada pukul 4 pagi. Kesimpulannya, program Jejak Maklumat ini telah mencapai objektifnya dan merupakan suatu pengalaman yang menarik kepada semua peserta. Kami telah menimba banyak ilmu dan melalui banyak pengalaman baru.

No comments:

Post a Comment