Tuesday, March 2, 2010

Menemu bual tokoh bekas pelajar Dr.Korina Rahmat, Pakar Perunding Nefrologi


Pada 24. November 2009, empat orang pelajar diiringi seorang guru telah mengadakan temu bual eksklusif dengan tokoh bekas pelajar MOZAC iaitu Dr.Korina Rahmat seorang pakar perunding nefrologi Hospital Besar Melaka.

Temu bual dimulakan tepat jam 10.30 pagi di bilik Dr Korina sendiri di Unit Himodialisis. Kandungan temu bual merangkumi pelbagai latar belakang tokoh berdasarkan kronologi. Soalan-soalan yang diajukan dibahagikan kepada beberapa bahagian meliputi zaman kanak-kanak beliau, alam remaja di MOZAC, matrikulasi dan universiti , dan seterusnya karier beliau yang terkini sebagai seorang doktor pakar buah pinggang yang terkenal di rantau.

Sepanjang temu bual ini, pelajar-pelajar telah mendapat banyak maklumat dan pendedahan oleh tokoh, terutamanya kerjaya sebagai seorang pakar buah pinggang. Selain itu, pelajar turut diberi tips-tips tentang penjagaan kesihatan yang tepat , terutamanya berkaitan buah pinggang.

Setelah selesai sesi temu bual, rombongan telah dibawa melawat bilik-bilik khas yang berkaitan dengan rawatan buah pinggang seperti bilik rawatan himodialisis dan sebagainya. Pelajar-pelajar juga turut berpeluang melihat mesin yang digunakan oleh pesakit buah pinggang ketika menjalani rawatan mencuci darah. Selain diperkenalkan kepada jururawat dan petugas di setiap unit, ahli-ahli rombongan juga amat bertuah kerana berpeluang menemu bual beberapa orang pesakit buah pinggang daripada pelbagai peringkat usia yang sedang menjalani rawatan dialisis.

Sebaik sahaja selesai sesi lawatan, ahli-ahli rombongan berkumpul semula di bilik Dr. Korina untuk meneruskan sesi temu bual dan melengkapkan pelbagai maklumat yang diperlukan. Selepas menghadiahkan cenderamata, kumpulan ini bertolak pulang kira-kira pukul 1.00 petang. Pelbagai pengetahuan dan pengalaman berharga dapat dimanafaat oleh pelajar sepanjang sesi ini dijalankan. Satu sesi susulan mungkin akan diadakan lagi bersama-sama Dr.Korina Rahmat selepas ini untuk melancarkan proses penulisan jurnal tokoh.

No comments:

Post a Comment